Blogger shortcut

Ahad, 24 Oktober 2021

Cinta Kanser (novel cinta sahabat)

CINTA KANSER


Cermin pecah

    Petang itu sudah terlalu lambat untuk ku ke sekolah. Aku selalu terbabas walau aku mengajar petang. Ini kerana aku terlalu banyak melayan karenah kawan indonesia yang berada di sekitar tempat ku. Terkadang mereka terlalu rajin mengajak aku berjalan melihat kebun tanaman di waktu malam. Bagi menjaga hati baik kawan-kawan ku. Aku turuti jua permintaan kawan-kawan ku itu. Pang!! habis berderai cermin ketika aku berdiri di hadapan pintu sekolah. Terdengar suara cikgu Melati menjerit-jerit bak dirasuk hantuk

 

" Engkau memang pemalas!! dengan tugasan guru kau tak buat dengan ponteng seminggu!"  Farah cukup tenang melayan karenah Guru besar kami yang selalu baran. " saya tak sihat cikgu" "Mana ada orang sakit sampai seminggu! engkau jangan nak tipu aku pulak!' Aku tercegat terpaku tidak tahu hendak mulakan dengan ayat apa yang patut untuk meredakan keadaan. “ Ini tahunya lambat sahaja ke sekolah!” Aku hanya diam membisu tidak memandang ke arah mukanya. Dengan perlahan aku meletakkan buku repot harian guru, dan terus memasuki ke kelas dan memulakan sesi pengajaran.

 

Dalam waktu pengajaran dan pembelajaran kami memang tidak sempat untuk berbual bertanya masalah yang timbul. Petang itu setelah Cikgu Melati pulang aku pun mengejar Farah  di parkir kenderaan. “kenapa?!” “Entahlah, angin dia tu memang gitu. Tak pernah nak slow”. “Eh kenapa kau lama hilang?” Aku tertanya-tanya kerana sudah seminggu Farah tidak menghadiri sekolah tanpa sebarang surat atau telefon. “Aku pun tak tahu lah ustaz. Sejak-sejak ni aku selalu sakit seluruh badan. Aku demam teruk ni pun masih demam lagi.” “Farah, aku rasa kau kena pergi hospital chek”. Suami Farah disebelah hanya tersenyum melihat kaletah aku dan isterinya berbual mesra. Dia amat tahu dan kenal kerana aku terlalu akrab dengan Farah. Aku selalu menolong Farah dalam membuat tugasan-tugasan sekolah dan juga tugasan pembelajaran di Universiti. Kami bersama menyambung belajar atas kehendak S.U.K Johor.

 

“Oklah ustaz, aku nak balik” “Ok Farah”
Khairul suami Farah memang sangat pendiam dan hensem orangnya. Dia memang amat baik kepada aku dan selalu makan bersama dirumahnya. Selalu Farah dan suami menjemput aku untuk makan kenduri dirumahnya. Dia tahu aku orang susah. Hidup berseorangan di pondok bersama dengan orang Indonesia yang berkerja ladang. Pernah juga mereka datang melihat keadaan pondok sewaku yang terlalu uzur dengan hanya 6 kaki panjang 5 kaki lebar, yang muat-muat seorang seperti didalam alam qubur. Mereka menangis melihat keadaan aku yang duduk disitu dengan keadaan sukar. Apa yang mampu aku lakukan. Hanya aku dan dia tahu kesusahan kami. Dengan bergajikan 300 ringgit Malaysia aku hidup melarat menjadi cikgu. Farah pun bersama merasakannya.

pondok yang dibuat untuk aku lena telah dibakar oleh mat gian

 

Minggu berlalu cukup pantas. Kami di sekolah tidak perasan apa yang berlaku kerana kesebokan bekerja dan menyiapkan tugasan universiti. “Cikgu!!!” tiba-tiba kedengaran suara keras dari pelajar kelas Farah. “Kenapa?!” “Cikgu Farah pengsan!”. Aku bergegas menuruni tangga kelas aku lalu menyusur ke kelas cikgu Farah. “Farah! Farah!” Hanya kaku terbaring dilantai. Aku terus bergegas memberi tahu kepada GB cikgu Melati. Dia hanya duduk panik di pejabat. Tanpa berlengah aku telefon Khairul.

“Apa Ustaz? Baik ustaz saya datang sekarang juga”. Farah masih lagi terbaring dilantai. Aku tidak tahu untuk lakukan apa-apa. Hanya memastikan dia masih bernyawa disitu. Sepetang itu sekolah tidak dapat berjalan kerana pelajar panik dan sedih melihat cikgunya jatuh pengsan. Aku cuba mententeramkan pelajar dengan memberi kerja kepada pelajar-pelajar dan cuba jangan banyak bercakap-cakap. “Ustaz!” aku terperanjat menoleh ke arah Cikgu Melati yang tercegat di pintu. “Itu kenapa?” “Manalah saya tahu!” Aku mengangkat suara aku kegeraman melihat Cikgu Melati yang seolah-olah tidak mempunyai perasaan.

“Mana ustaz?” “Ada diatas”. Khairul tidak membuang masa terus mengangkat isterinya masuk ke dalam kereta. Aku mengiringi Farah kedalam kereta. “Ok Ustaz, jumpa lagi”. Aku hanya menyoroti kereta merah milik Khairul membawa Farah keluar pintu sekolah. Aku masuk ke kelas semula dan cuba mententeramkan diri untuk menyambung pengajaran ku yang sedikit tempang pada hari itu.


**********************************************************************


Sudah 3 bulan Farah tidak ke sekolah. Khairul juga diam membisu tidak mengkhabarkan kepada aku apa-apa berita. Tiba-tiba aku mendapat mesej dari Yanti mengatakan Farah akan bertugas minggu depan. Yanti adalah cikgu baharu disitu. Terdetik juga dalam hatiku mengapa si Farah tidak mesej aku sahaja. Kebiasaannya dia akan menghantar mesej bertalu-talu setiap hari. Bertanyakan itu ini, tetapi 3 bulan dia diam sahaja. 

Petang itu di sekolah. Aku ke kelas Farah yang lama ditinggalkan pelajar dan guru kekosongan. Aku menyapu dan mengelap tingkap yang berhabuk. Yanti hanya melihat aku di luar pintu kelas. Aku hanya tersenyum kepanya. "Ada apa yang boleh saya tolong ustaz?" "Oh Yanti, nak kerja ya? boleh tak buatkan nama pelajar kelas ni untuk bulan Oktober ni?" "Ok Ustaz". Aku tersenyum melihat kerajinan guru baru itu.

Petang itu Farah pun memasuki kelas, dia terperanjat melihat kelasnya berubah ceria. "Sapa buat ni ustaz?" "Aku lah, aku kesian tgok kau sakit aje. Eh kau kenapa 3 bulan hilang?". Muka Farah tidak ceria langsung. Biasanya aku ni adalah puncing bag Farah dalam hal kerja. Suka dia menyakat aku dalam hal2 kerja. "Nanti malam lah aku cerita ustaz. Sekarang tak selesa nak bercerita. Nanti ada yang mengata-ngata aku ni itulah inilah". Aku faham apa yang dimaksudkan Farah.  Cikgu Melati suka memasang telinga apabila kami berbual. Suasana di sekolah nampak ceria, pelajar amat gembira guru kesayangannya kembali mengajar. "Hei Farah kau beli telefon baru ke?" Aku ternampak telefon bimbit jenama black berry ditangan Farah. "A ah Ustaz, suami aku belikan aku supaya aku gembira". "ohhhh. Ok lah tu"

Tepat jam 6.40 kami pun bergerak ke parkir kereta untuk pulang ke rumah. "Ustaz nanti aku cerita". "Kenapa kau ni? nampak macam pelik aje". Farah hanya mengalirkan air mata". Aku langsung tidak dapat membaca apakah yang tersirat dalam hati Farah. 

Malam itu.

Ting! Telefon buruk ku jenama sagem berbunyi. Aku mengangkatnya dan Farah mengirim mesej.

 "Kalau aku mati kau rindukan aku tidak?"

Aku kelu๐Ÿ˜ž. Tak pernah aku disoal dengan soalan begini. 

"Hey Farah kenapa kau ni?"

"Ustaz aku kena kanser dah tahap 3"

Aku hanya terkedu membaca mesej Farah.

"Kan ada peluang lagi, boleh kemo boleh buat rawatan susulan"

"Aku tak bersemangat lagi untuk hidup kawan"

"Kenapa kau? cuba jangan macam ni."

"Selama aku berkawan aku tak pernah jumpa kawan macam kau Ustaz".

"Apa yang berbeza aku antara orang lain?"

"Aku ceria dengan kau. Boleh bual sukati aku. Kau pun selenge aje aku kenakan kau apa-apa"

Aku tak dapat membaca situasi Farah dalam keadaan sedemikian. Kalau mahu diturutkan hati, hendak sahaja aku hidupkan motosikal ku dan redah malam buta ke rumahnya untuk berbual.

"Aku ada berapa tahun saja lagi Ustaz".

"Tak pasti berapa lama aku mampu hidup"

"Farah kau kena kuat. Kena rajin dan jangan takut"

"Baiklah ustaz".

"Ustaz aku mintak pindah, aku dah tak larat layan Cikgu Melati membebal tak tentu apa tu".

"Baguslah Farah, aku pun sebenarnya nak pindah juga. Tapi aku lelaki susah pejabat nak keluarkan aku"

Akhirnya aku mengerti mengapa muka Farah kelat bila berjumpa di siang hari tadi. Selang seminggu sahaja, Farah dipindahkan ke sekolah baru. 


******************************************************************************* 


Laluan air deras mengalir dihadapan. Aku memilih untuk mengharungi air sungai cetek berbanding menaiki bot. Aku memang bukan orang yang pandai berenang. Bertahun belajar pun masih tak pandai ๐Ÿ˜–. Dihadapan lebih kurang 5 kilometer lagi sekolah aku. Aku terus menaiki motosikal buruk ku mengharungi air deras sungai cetek. Setiba disekolah kelibat anak murid-murid ku sudah berkeliaran bermain-main hujan. Aku hanya tersenyum melihat mereka berseronok sedemikian. "ok awak semua, mari kita masuk belajar""Cikgu!! kenapa cikgu pakai selipar aje?" Aku tersenyum melihat keletah anak murid ku itu. 

Sebenarnya aku dipindahkan kesini. Farah sudah berhijrah lebih dekat dengan rumah. Aku memilih jalan aku sendiri. Dengar cerita Yanti masih mengajar disekolah lama, bersama Guru besar Melati. Pelajar aku disini cukup rajin membuat kerja sekolah. Tapi mereka teramat malas untuk membaca dan terlalu lemah. Apa yang aku pasti mereka suka membuat kerja kerana tidak suka mendengar kata-kata orang tua. Pada mereka orang tua berkata seolah-olah membuat bising ke telinga mereka. 



Petang itu aku melalui lagi derasan air sungai itu. Memang itulah tugas aku harian meniti jalan berliku-liku demi mencari sesuap nasi. Jika ditanya berapa gaji cikgu untuk semua ini. Aku hanya tersenyum.. menjawab 3 angka bawah 400. 

Malam itu telefon aku asik berdering sahaja. Pada mulanya aku malas nak melihat telefon. Aku lebih suka membaca laman-laman web atau buku pada waktu malam. Tapi bila bunyi mesej bertalu-talu aku melihatnya juga.  Bila aku lihat oh mesej dari Farah. "Ustaz, ko sayangkan aku tak?" Aku hanya diam.. tidak menjawab soalan tersebut. Meletakkan semula telefonku. Mesej masuk lagi "Ustaz sakit aku macam balik semula" "Farah? Kau apa kabar. Lama tak dengar berita." " Aku begini lah ustaz". Aku dah 5 tahun disini. Ko masuk lah sini" "hahahah sori lah Farah aku bukan tak nak tapi bukan kerja aku semua tu." " Takpe ustaz aku doa kau masuk sekolah sini." Aku hanya balas mesej Farah dengan emoji ketawa sahaja. " Farah kenapa dengan sakit kau?" " Aku tak pasti ustaz, aku skip kemoterapi" " Kenapa kau buat macam tu apa kau nak mati ke?" 


" Kalau taqdirnya manusia itu mati, tidaklah berbeza yang berumur panjang dan yang pendek, kerana masa yang berlalu itu seperti seketiduran atau semalam sahaja hilang" "Farah aku sayangkan kau sebagai sahabat, sebab kau selalu ada ketika aku susah, hidup sebagai guru agama bukanlah senang Farah, terkadang tugasan dengan gaji tidak setimpal Farah. Hanya kawan-kawan yang membantu dan menenangkan hati"


Pada diriku sahabat itu merentasi jantina lelaki atau perempuan. Lagipun aku bekerja dikelilingi perempuan sahaja. 

Aku terus menyoal Farah semula. "Siapa kau pilih Farah? Kekasih atau sahabat?" "Aku pilih sahabat, kerana kasih itu selalu hilang pergi dan datang yang lain. "Tapi Farah aku tak pernah begitu, aku tak pandai lupakan kekasih dan sahabat." Sebab tu aku sukakan kau Ustaz, kau kawan yang baik"

Farah memang rajin menghantar mesej kepada aku untuk bertanya khabar berita kerana dia tahu aku duduk didalam hutan keseorangan diri. Malah ketika aku diserang ular tedung dirumah dia begitu sedih melihat aku disitu. " Farah aku dengar berita sekolah kau kekurangan guru ni." Itu lah ustaz aku dah doakan kau masuk kesini" "Emm aku baru sahaja 6 bulan di sekolah baru ni. Nantilah dulu"


********************************************************************************

Malam seperti biasa aku melayani kawan-kawanku dari indonesia. Sambil itu aku juga menolong menanam pokok bunga yang beratus-ratus untuk dijual tuan punya. "Jawa kau memang jarang tidur ke?" " Taklah ustaz, aku nak nyiapkan kerja ni, esok dah nak eksport ke Singapore" " Oh patutlah" "sudah jam 6 pagi lah jomlah kita balik" " iyelah"

Deringan telefon aku dipagi itu cukup kuat. Aku tidak perasan dan tidak mendengar langsung bunyi telefon ku. Ini kerana aku tidur mati kerana kepenatan kesubuhan bersama-sama kawan indonesia ku. Hanya kali ke 4 sahaja aku mengangkat telefon ku. " Ye kenapa ye?" " Ustaz AZ awak akan dipindahkan ye, ini disebabkan kekurangan guru di sekolah ini. Tolong datang pejabat untuk ambil surat ye". Aku hanya menganggukkan kepala dan meletakkan telefon. Aku terus bergegas menuju kepejabat mengambil surat. Dan apabila dibuka (BAM!)

Hari itu aku mengakhiri tugas ku di sekolah yang baru aku pindah selama 6 bulan itu. Aku tidak berkata sepatah apa pun terhadap anak murid ku tentang perihal diriku. Aku mengajar seperti biasa dan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Aku terus mengambil gambar-gambar aku disitu bersama-sama pelajar. Pelajar-pelajar rasa keliru kenapa tindakan cikgunya sedemikian tapi aku diam sahaja. Lagipun aku tak berapa suka di situ. Aku difitnah tidur dalam kelas. Sedangkan aku demam ketika itu. Aku demam kerana kurang tidur menyantuni sahabat-sahabat Indonesia ku. Sering itu juga mereka memberiku makanan. Kerana mereka pun tahu akan kesusahan hidup aku. Siapa yang nak sara aku makan?. Tiada siapa?. Jika aku demam pun bukan sesiapa yang akan kisahkan. Hanya ditohmah pemalas. Mata-mata selalu melihat keburukan sahaja. Kalau itu yang kau cari dan tidak suka. Aku dengan hati terbukan menerima surat itu.

Esoknya aku terus ke sekolah baru ku. Aku mendaftar dengan Guru besar baru. Rozaimi namanya. Beliau amat dikenali kerana kebolehan beliau bertaranum al-quran. Aku hanya berdiri diam seribu bahasa walhal aku cukup kenal dengan Ustaz Rozaimi. Tiba-tiba "Haaa ustaz, kan aku dah cakap, kau masuk sekolah aku." Aku hanya tersenyum melihat Farah yang tersengih dipintu bilik Guru besar. "Best lah kau ada sini. Aku pun byk kerja yang nak dibuat." Aku cukup kenal sangat ayat Farah itu. Maknanya dia malas nak buat kerja sekolah dia akan passing kepada aku sahaja. Aku meneliti muka Farah yang kebiruan kekuningan. Farah tidak berkata apa pun tentang hal itu. 

Ustaz Rozaimi menegur, " Farah muka kau kenapa makin teruk?" " Biasalah ustaz salah make up" Aku keliru jawapan yang dilontarkan Farah kepada Ustaz Rozaimi. Apakah Farah merahsiakan hal dirinya dari sahabat dia yang lain. "Ustaz ko masih duduk dekat pondok tu?" Aku tersenyum, tak lah Farah aku dah pindah ke mahligai 11 tingkat" Kami ketawa bersama-sama dengan jawapan aku yang entah apa entah.

Pagi esoknya. "AZ awak ganti kelas Farah ye!" " Ye kenapa ustaz?" " Farah kritikal, dimasukkan kedalam wad." Aku seperti biasa tidak banyak soal tentang apa yang berlaku. Aku sebenarnya malas nak berbual dengan Ustaz Rozaimi, sebab dia tak berapa gemarkan cara aku yang sedikit rock dalam berbual dan beramah. Sedangkan Ustaz Rozaimi seorang yang lemah lembut. Dengan sebab itu lebih memillih untuk diamkan diri dari berbual dengan dia. 

Petang itu aku teruskan tugas dengan menggabungkan kelas aku dan kelas Farah yang berjumlah 70 pelajar. Begitulah keadaan kami di sekolah  jika guru bercuti. 

Forest city ketika dalam pembinaannya



Pelajar-pelajar seramai 70 dengan kemuatan kelas selayaknya 30 orang amat memenatkan dan amat memeningkan kepala. Disini menjerit disana berbual disana bergaduh. Aduh sungguh penat dan membingitkan. Untuk memudahkan cara.. Mahu tidak mahu pembacaan dikurangkan dan aku memberi tugas kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menutup mulut mereka. Sehingga ke petang aku bersilat melayan karenah pelajar-pelajar ini.

Malam itu, dengan kepenatan aku baring di katil dengan nafas yang semput. Ting! mesej masuk berbunyi. Aku melihat telefon ku. " Ustaz aku cuti lama lepas ni, Aku yang nak sangat cuti nak cuti. Ni aku dapat sakit, aku cuti lama" Aku membalas dengan menjawab. 

"Farah macammana dengan kanser kau. Masuk ni diam tak diam dah 5 tahun sebenarnya dari mula kau sakit dulu"

"Begitulah, kanser aku dah tak boleh diubat, aku kena terapi kemo lagi. Tapi aku tak tahan dengan pancaran laser tu. Sakit sungguh badan aku. Aku rasa aku sanggup mati dari diseksa dibakar sebegini."

"Jangan Farah! kita kena kuat, kena tabah, kita kena redha menghadapi dalam hidup ini"

"Ustaz aku tahu kau cekal, tapi aku hanyalah perempuan yang tidak kuat untuk menerima semuanya. Buatkan aku lagu satu khusus untuk aku ustaz"

Aku hanya melinangkan air mata membaca mesej Farah yang begitu.

"Baiklah Farah aku buat untuk kau satu lagu"

Aku terus mencapai gitar kapok pemberian kawanku di dinding, aku petik berkali-kali dan terus menyanyikan sendiri. Dengan lirik yang tiba-tiba mendatang dikepala, memikirkan tentang kesalahan diri aku yang selalu lalai. Aku menulis lirik tersebut. Dengan hasrat Farah memahami tetapi sebenarnya dia tidak dapat memahami liriknya yang berkecamuk katanya.  hanya semalaman aku dapat siapkan lagu untuk Farah. Hanya masanya untuk direkod supaya dapat didengar dengan lebih kemas. 

Siang malam aku menghadap komputer merekod merekod berulang kali masukkan drum gitar bass dan nyanyian vokal untuk mengotakan janji kepada Farah. Akhirnya siap juga lagu yang aku buatkan. Tapi aku tidak terus memberi kepada Farah. Ini kerana Farah terkadang tidak sedarkan diri selalu pengsan selepas menjalani kemoterapi. Aku fikirkan bagaimana aku nak persembahkan kepada Farah lagu nya.

Akhirnya aku merekod video disekeliling aku dan membuat video klip.




********************************************************************************


    Dua tahun berlalu, ketempangan sekolah yang dilaksanakan terus berjalan. Dalam masa itu, Hakimi guru dari sekolah lain telah dimasukkan ke sekolah kami. ๐Ÿ˜Š. Sungguh bersyukur kami satu sekolah kerana ianya dapat meringankan beban kami yang terpaksa mengajar seramai 60 sehingga 70 orang dalam satu kelas. Hakimi seorang yang peramah dan amat rapat dengan Guru besar. Jadi tidaklah kami merasa bosan sangat melayani keadaan sekolah yang selalu lebih beban dari keringanan. 

Pada waktu rehat itu.

"AZ jom lah kita ke masjid" ajak Hakimi

Aku hanya menganggukkan kepala aku. 

"Apa cerita sekolah ni? teruknya, dulu aku masuk tak lah sesesak ni"
"Tu lah Mi, Farah!, hmmm teruklah dia sekarang. Dia cakap dengan aku dia dah masuk stage 4 dan makin teruk"
"Farah? dia kan dah kena kanser 5 tahun!"
"Itulah mi, aku pun kasihan kat dia, tiap malam dia ceritakan kat aku keadaan dia yang teruk tu"
"Farah tu baru aje beli kereta, sekarang keadaan dia makin teruk, belum merasa nak bawak kereta kemana-mana lagi"

Aku diam sahaja. Aku tak tahu nak katakan apa-apa. Tiba-tiba.

"Saya harap cikgu-cikgu tidak berbual semasa waktu solat ye"

Guru besar Rozaimi tercegat di depan kami. Tapi mulutnya menghala kearah mukaku yang seolah-olahnya aku yang mengetuai perbualan itu. 

"Ok ustaz, maaf, saya hanya berbual sebentar, keadaan panas sangat jadi kami rehat sekejap ustaz"

Terlihat muka Ustaz Rozaimi kemasaman. Aku tahu Ustaz Rozaimi sememangnya tegas orangnya. Kami berdua pun melangkah masuk ke dalam surau sekolah melakukan solat asar berjamaah diketuai Ustaz Hakimi. Selesai solat aku terus masuk ke dalam kelas dan menyambung pembelajaran. Aku ingatkan semuanya selesai disitu. Apabila aku hendak pulang sahaja tercegat batang tubuh ustaz Rozaimi di pintu keluar sekolah. Habis aku diceramah perdana, seolah-olah aku telah melakukan dosa besar.๐Ÿ’

Dalam belum selesai sahaja ceramah panjang itu telefon ustaz Rozaimi berbunyi. Mukanya dan suara agak panik. 

"Apa? yeke, kan dah dua tahun dia ulang alik hospital?"

Aku dapat menangkap perbualan itu. Itu mesti Farah. Kenapa dengan dia ni?

"Dah mari kita balik, Farah makin teruk dah tak sedarkan diri." Kata ustaz Rozaimi ringkas.


**************


Aku hanya memandang kearah dinding rumah ku, malam itu amat panjang bagiku kerana aku tak tahu apa yang terjadi pada sahabat baikku.

Ting!. Telefon bimbit ku berbunyi.

"Ustaz mana lagu yang kau kata nak buatkan untuk aku" 

Aku  terdiam kerana itulah perkataan pertama dari Farah setelah 2 tahun mendiamkan diri.

"Ada Farah" Aku terus memberikan kepadanya lagu yang aku buatkan itu.


Sebenarnya video klip ini telah diubah atas kesesuaian posting.



"Terima kasih sahabat"
Itu sahaja jawapan Farah yang ringkas setelah menonton video tersebut. Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja. Aku  pun tidak bertanyakan lebih kerana aku tidak tahu untuk menyoalkan apakah soalan yang perlu.

Malam itu amat panjang sekali. Amat susah untuk mata ini pejam. Kepala ku berlayar dengan cerita-cerita dan muka-muka sahabat ku. Jam sudah melepasi 3 pagi. Aku masih menatap dinding kosong di bilik ku.

Ting!
Aku menoleh ke telefon bimbit ku. Siapa saja menghantar mesej dimalam buta sebegini.

"sadfljkljasdhoqlkjlkjhoawlekjqwe;ksjdfhsadfh;jhsdfhkasjhdfasjkdfasjhdfaksjdfjhaskdjflajksdhflkkjakhfsdhfkjahs"

Farah menghantar mesej. tetapi tidak boleh dibaca isinya.
Aku pantas membalas. 
"Farah kau kenapa?"

"ajhsdfjhljdfg;j;s;asdfasjhdfjhasdf;sldaf;akjsd;fkshdflj"

Sekali lagi Farah membalas mesej sedemikian. Berkali-kali aku cuba membalas dan dia pun menelefon aku.

"ashl ashdfhkhadsf"
Aku menitiskan air mata kerana Farah dalam keadaan yang amat sukar sekarang. Tapi aku tidak pernah mengalami situasi seperti itu. Aku hanya berkata.
"Farah! Farah!"

Akhirnya sehingga kepagian. Farah bertemu ilahi jua. Dan mungkin akulah orang terakhir yang berhubung dengannya. 

Sepatutnya aku telah awal-awal bersedia dan mengajar Farah membaca zikr tahlil dan istigfar. 

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah yang luas itu, dan sentiasa dalam pengampunan Allah. 
AL-FATEHAH.


1 ulasan: