Blogger shortcut

Rabu, 28 April 2021

Cinta dunia itu boleh dibeli.... Sebenarnya...

terima kasih kerana membaca salam sayang untuk anda semua.
Manusia dan haiwan bukanlah satu makhluk yang jauh bezanya. Manusia selalunya akan bertindak mengikut logik aqal mereka dan juga dipengaruhi oleh emosi mereka. 

Walaubagaimanapun kajian melihat haiwan juga bertindak mengikut sebab. Dan Satu kajian dijalankan adakah manusia dan haiwan itu bertindak serupa?.

Kita sedia maklum haiwan tidak mempunyai aqal namun mereka juga bertindak terhadap persekitaran mereka. Namun mereka bertindak berdasarkan kepada balasan atau hukuman. Sekiranya perbuatan mereka itu sesuatu yang mendapat balasan yang baik. Maka haiwan akan terus melakukannya. Namun jika sekiranya tindakan haiwan itu mendapat balasan yang tidak menyenangkan mereka, mereka akan menjauhkannya. 

Tindak balas haiwan ini disebut sebagai instinct atau gerak hati mereka. Berbeza dengan manusia yang memilih logik dan emosi. Walau bagaimanapun apakah haiwan mempunyai aqal dan emosi? Kajian demi kajian dilakukan dan mendapati terdapat beberapa haiwan yang bertindak mengikut perasaan mereka. Ini menunjukkan haiwan juga mempunyai emosi. Beberapa contoh dibawah saya senaraikan tindakan haiwan terhadap sesuatu.

Gajah dan anjing akan menangisi kematian kenalannya dan orang kesayangannya


Lebah pula akan agresif dan seolah-olah terkena renjatan dan menari jika teransang melihat banyak bunga dan akan mengulang-ulang perbuatannya.



Haiwan jenis monyet, seperti beruk cimpanzi pandai menipu kawan-kawannya untuk mendapatkan sesuatu atau berjenaka terhadap mereka.


1999 Universiti Humboldt Berlin telah menjalankan satu kajian terhadap beberapa tikus liar, apakah yang akan berlaku terhadap otak haiwan apabila tubuh badan mereka disentuh. Haiwan-haiwan ini akan mengeluarkan bunyi yang tidak dapat didengari oleh manusia kerana frekuansi yang agak rendah dikeluarkan dari kebolehupayaan manusia. Iaitu 50khz Dengan pelbagai teknik sentuhan dan usikan terhadap tubuh badan tikus ini. Tikus-tikus ini tidak bertindak ganas malahan mencari apa yang menyentuh dan mengusik tubuh badannya. 

Tikus-tikus itu tidak memarahi malah mencari tangan yang menyentuh tubuh badan mereka dan meminta untuk disentuh dan diusap lagi. Selama pelbagai sentuhan dan sentuhan dan geletek ke atas tubuh badan mereka, tikus-tikus tersebut terus meminta untuk terus diusap tubuh badannya. 

Setiap sentuhan dari tubuh badan tersebut telah menghantar signal ke otak haiwan baik kaki tangan belakang lalu otak menghasilkan hormon penenang kepada haiwan tersebut.

Rumusannya haiwan dan manusia adalah makhluk yang tidak jauh bezanya. Berbalik pada topik yang kita mahu bincangkan. Pengajaran yang boleh kita rumuskan. Manusia dan haiwan itu tidak jauh bezanya. Hanya sedikit kelebihan aqal dan kemampuannya untuk berkomunikasi dan tidak lupa kehendak yang lebih dari haiwan menjadikan manusia itu istimewa. Namun mereka sebenarnya sama sahaja, jika tidak disemaikan agama didalamnya.


Kasih sayang suami isteri boleh dibentuk dengan sentuhan dan perlakuan sex.

Rasa terbela boleh dibentuk apabila suami membelikan rumah, dan kediaman.

Rasa dihargai boleh dibentuk apabila suami selalu membelikan pakaian dan hadiah.


Sekitar nasihat untuk kita bersama, sediakanlah sebanyak wang untuk keluarga kerana orang hensem nampak hodoh tanpa wang (pakaian yang compang camping), orang bijak nampak bodoh tanpa wang (nak membeli buku pun tidak mampu kata-kata sahaja tidak mampu menggalas). Kita bukan materialistik, Kerana duit tidak boleh dibawa mati, tetapi tiada duit kita sudah mati dahulu. Duit tidak boleh beli kasih sayang, tetapi kasih sayang boleh hilang jika tiada duit. Duit tidak mampu beli kesihatan, tetapi jika mahu sihat kita perlukan duit. 


Sebelum pergi dengarkan kata-kata dari ustaz? hmmm lupa saya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan