Blogger shortcut

Isnin, 25 Oktober 2021

Mahu hidup lebih lama?

 Assalamualaikum

Hidup dalam dunia ini penuh nikmat yang Allah berikan kepada manusia. Diantara nikmatnya ialah nikmat dapat beriman kepadaNya. Namun manusia terlalu gelojoh mengharungi nikmat pemberian Allah azza wa jall. Bukti manusia lupa nikmat adalah lihat kepada perut mereka. Berapa banyak telan telan telan dengan tidak mengunyah seberapa baik pun. Muatan 100 diisi 140. sepatutnya muatan perut untuk kelangsungan hidup adalah 80 sahaja. Namun kerana nikmat, makan rehat dan makan dan duduk dan makan dan baring dan makan dan bermain bersama keluarga dan sebagainya. Semuanya dilupakan (atau terlupa) manusia. Hanya masalah sahaja yang di besar-besarkan. Kononnya kesusahan hidup mereka tiada wang perlu cari wang isi minyak susah beli lauk susah beli pampers susah. Cuba kita berdiri di penjuru hidup kita dan lihat secara tenteram dimanakah nikmat dan dimanakah tanggungjawab. Sebenarnya semakin besar nikmat di dunia ini di beri Allah semakin banyak dugaan yang kita akan harungi. 

Kalau dihitung kenikmatan yang dirasai terlalu banyak. Nikmat makan, nikmat bersama suami isteri, nikmat bermain bersama keluarga, nikmat dapat berehat di bawah bumbung rumah yang tersergam indah, nikmat kasih sayang, nikmat melihat keluarga, nikmat bersukan, nikmat berjalan, nikmat tidur, nikmat menggaru badan gatal nikmat itu ini itu ini. Banyak sebenarnya kalau disenaraikan. Tetapi kita selalunya membesarkan kesusahan yang sedikit dan terlupa langsung pemberian-pemberian Allah terhadap kita. 

Dengan sebab kenikmatan ini ramai manusia berharap untuk hidup lama, lama-lama supaya dapat merasai apa yang mereka rasai selama ini. Saya tidak hairan kenapa ada yang sanggup membunuh diri. Semuanya kerana hidup manusia itu berdasarkan perasaan, mahu rasai kemanisan hidup, dapat bersama orang tersayang selama-lamanya. 

Selang berapa hari saya berpusing-pusing di internet membaca dari sumber penulisan english. Tentang umur panjang jadi saya cuba senaraikan semula dalam bentuk penulisan saya sendiri. Semoga ia bermanfaat untuk kita. Saya tahu ramai diantara kita mahu hidup lama, tapi bagi saya? biarlah Allah tentukan umur ini. Kerana umur manusia di dunia ini hanya seketiduran sahaja. Tidak di perasankan telah berlalu yang lepas-lepas.



1. Makan hanya makanan yang segar

Makanan yang segar disini bermaksud bukan makanan yang disimpan atau mempunyai tarikh luput. Contoh paling mudah adalah makan dari roti yang mempunyai tarikh luput. Bahan pengawet ini amat merbahaya kepada tubuh badan manusia sebenarnya. Jangan makan makanan yang diletakkan racun seperti sayur-sayur yang disembur racun serangga.

2. Makan pelbagai jenis sayuran

Jangan makan hanya satu jenis sayuran sahaja. Pusingkan jadual pemakanan berbentuk sayur sayuran.

3. Makan sehingga hampir kenyang sahaja.

Berhenti makan apabila merasai 80% perut telah diisi. Dalam kajian menunjukkan apabila makan melebihi had dan masa akan menyebabkan kanser penyakit jantung kencing manis darah tinggi dan angin ahmar.

4. Makan dengan masakan sendiri

Masakan sendiri lebih baik kerana kita lebih menjaga kebersihan meletakkan gula garam secukupnya sahaja. Malahan kita boleh mengabaikan MSG. Masakan dikedai lebih mengutamakan kesedapan rasa diluaran sahaja. Supaya pelanggan tidak lari dan sentiasa datang supaya mendapat keuntungan terus.

5. Jangan terlalu makan lebih Karbohidrat (nasi)

Cari makanan yang lain dan lebih kepada fiber seperti oat dan barli

6. Lebih utamakan makan tumbuhan dari yang berdarah

Kita boleh makan daging tetapi jangan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan darah tinggi atau kebarangkalian penyakit kanser.

7. Lebih utamakan ikan dari makan daging

Tidak menghairankan kerana ikan mempunyai khasiat yang lebih tinggi. Protein diperlukan oleh badan untuk memperbaiki tubuh badan yang rosak, terdapat didalam ikan.

8. Jangan makan sebelum tidur

Seeloknya perlu menjauhi makanan dalam tempoh 4 jam sebelum tidur supaya pembakaran lemak ketika tidur dapat dijalankan dengan sempurna. Paling sedikit masa adalah 2 jam setengah dengan snek yang sedikit. Tidur perlu untuk memperbaiki sistem pemakanan dalam perut dan pembakaran lemak. Oleh kerana terdapat makanan yang belum diproses betul. Maka peluang untuk mendapat buncit adalah tinggi.

9. Pelajari berlapar selalu

Sebenarnya dengan pelajari berlapar selalu tubuh kita akan lebih kuat dalam menghadapi serangan-serangan penyakit.Ini kerana sistem tubuh lebih bersedia dan tidak sebok untuk memproses makanan sahaja. Kerana kita terlalu lebih sebok makan sehingga 6 kali sehari.

10. Makan coklat hitam

Ini benda ni aku tak tahu cuma copy dan translate sahaja. Aku tak berapa suka pulak tu coklat nak muntah makan. Dah muntah makan ritu wekk.

11. Makan kekacang

Utamakan juga makan kekacang yang tinggi fiber protein dan iron. Kekacang dapat menjaga rambut daripada cepat tumbuh uban dan kedutan. Wallauaklam.

12. Masak menggunakan minyak masak yang tidak berulang. Olive oil juga boleh

DND menyatakan minyak kelapa sawit amat baik untuk kesihatan dengan syarat tidak diulang-ulang guna, jangan sesekali membeli pisang goreng yang dimasak ditepi jalan kerana campuran gorengan boleh membahayakan terutama penyakit kolestrol

13. Makanan adalah keperluan bukan satu upah atau satu sambutan.

Apabila kita meraikan sesuatu tidaklah perlu kita meraikan dengan makanan sahaja. Pelbagai jenis buahan atau minuman adalah lebih baik dalam meraikan sesuatu dari makan nasi semata-mata. Terutama dalam majlis-majlis anniversari lah kononnya hari jadi lah itu lah ini lah, kita selalu meraikan dengan kek dan makanan yang terlalu manis.

14. Makan mengikut sunnah secara perlahan-lahan

Kunyah sebaik-baiknya, ini kerana kita dapat merasai makanan dengan lebih baik. Dengan mengunyah makanan seeloknya kita dapat tahu masakan kedai itu sedap atau tidak. Kita juga akan berasa lebih cepat kenyang berbanding kunyah sekali telan telan telan.. Akhirnya perut yang menjerit. Sudahlah..

15. Minum air kosong

Air yang diminum perlu putih kosong dan tidak expired. Maksud expired DND menyatakan air itu mestilah elektrolite amende tu. Aku tak berapa tahu. Tapi yang jelas 2 jug lebih kurang. Jug kecil, air kosong supaya dapat membersihkan kekotoran dalam badan.

16. Minum teh hijau

Teh hijau amat baik untuk kehalusan kulit dan anti penuaan. Bilangan yang diminum adalah mesti istiqamah dalam jumlah yang banyak. Pagi tghari ptg dan malam.

17. Minum kopi

Kadar kalori didalam kopi adalah boleh dikatakan 0. Dalam kajian kopi boleh menurunkan kadar penyakit kencing manis. Tetapi jangan diambil berlebihan kerana bahaya ketagihan dari kaffein. Dan jangan minum selepas pukul 6 petang.

18. Berhenti minum susu kream

Susu kream dicampur dengan nescaffe memang amat sedap. Tapi ingat! ia amat berbahaya kerana kandungan gula dan lemak yang terlalu tinggi. Jadi faham-faham sahaja apa akan terjadi apabila terlalu lebih pengambilan gula dan lemak.

19. Tidak pernah terlewat untuk bermula

Diet yang baik sebenarnya dapat memberi kesan yang berkesan dengan tidak menunggu sehingga sebulan lamanya.

20. Istiqamah dalam pemakanan

Kena rajin dan istiqamah dalam diet yang baik. Pengambilan makanan perlu mengikut ABU. Air , Buah U apa? lupa lah saya.

21. Tidur 7 jam atau lebih sedikit di waktu malam

Malam Allah telah ciptakan untuk kita berehat. Hormon melatonin hanya keluar apabila waktu malam dan menyebabkan kita berasa mengantuk. Jika kita masih diperingkat awal untuk belajar tidur awal. Telur rebus amat baik untuk menjana melatonin sebelum kita tidur. Tidur yang berkualiti ini perlu kerana pada jam 12 malam pembakaran lemak berlaku. Dengan sebab itu kita berpeluh seketika tidur. Tisu-tisu yang rosak juga diperbetul ketika jam 12 sehingga 3 pagi. Dengan itu kenalah kira jam bila mula nak baring dan pejamkan mata. Seeloknya adalah pada jam 10 itu kita sudah baring bersiap untuk tidur.

22. Rajin Beribadah

Jika barat mengesyorkan melakukan Yoga atau terapi minda supaya menjadi tenang. Umat islam sepatutnya melakukan solat dalam keadaan tenang. Permulakan ibadah dengan sudah bersiap sedia mandi gosok gigi dan melakukannya dengan keadaan tenang dan lambat. Lambatkan pada rukuk dan sujud. Sehingga kita terasa keringanan dalam kepala kita. Kita tahu bahawa ramai diantara kita tidak berasa seronok untuk melakukan ibadah. Oleh itu mereka melakukan dengan tergesa-gesa dan huru-hara. Sebenarnya perkara ini perlu dilatih sejak dari kecil. Kerana solat itu mukjizat. Dengan bacaan yang diulang-ulang tidaklah kita merasakan bosan untuk membacanya. Hanya tinggal pada diri kita untuk perbaiki keadaan solat kita sahaja.

23 Wajibkan berriadah

Riadah ini nabi sendiri telah sebutkan الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ، خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

Maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah SWT  daripada Mukmin yang lemah”. [Riwayat Muslim (2664)]

Halangan utama berriadah adalah kerana kita berasa malu untuk dilihat orang di sekeliling kita. Cuba kita senaraikan riadah yang paling mudah untuk kita dan cuba lakukannya. Contohnya jika kita rasakan berbasikal lebih mudah. Jangan ditunggu lagi belilah basikal dan kayuhlah bersama keluarga. Atau berjalan kaki 5 kilometer atau satu jam sehari. Jadikan riadah sehari itu satu jam yang berbentuk cardio iaitu untuk jantung dan paru-paru. Atau lebih mudah belilah tempat kayuh basikal, kayuh lah di dalam rumah selama satu jam silih berganti hari. Iaitu seminggu berehat sebanyak 2 hari. Kajian barat mendapati mereka yang tidak berriadah ini 50% akan mati awal berbanding yang bersukan.

24. Berjalan kaki 11 minit

Bergerak. Jangan duduk pasif atau duduk batu di satu tempat dalam tempoh yang terlalu lama sehingga 4 jam. Ianya amat berbahaya kerana boleh dijangkiti penyakit darah rendah, batu karang sakit sendi.

25. Perbaiki keadaan tempat kerja anda

Tugas atau kerja yang lebih baik adalah kerja yang kita sukai. Akan tetapi bagaimana suatu kerja yang kita dapat tetapi kita tidak menyukainya? Kita perlulah perbaiki keadaan tempat kerja hias dan cantikkan sehingga kita seronok memandang. Bersihkan selalu dan buatlah perhiasan dinding supaya kita berasa mahu selalu di tempat kerja.

26. Berehat di warong sebentar.

Berehat berbual di warong bertukar fikiran mampu merehatkan fikiran. Dapat berjumpa kawan-kawan dan mengukuhkan silaturrahim.

27. Kurang mendengar bunyi yang bingit

Keperluan kepada ketenangan itu penting. Mendengar bunyi muzik yang kuat terlalu lama boleh merosakkan deria pendengaran dan mendatangkan suasana bingit dalam kepala. 

28. Selalu bernafas melalui hidung dengan baik

Walau pun ia berbunyi agak pelik. Sebenarnya ketika kita melakukan riadah pernafasan amat penting. Laluan pernafasan melalui hidung dapat memenuhi oksigen ke ruang muka liang-liang rongga dan boleh menjadikan kulit kita hidup. Kita akan kurang penyakit asma atau resdung apabila bernafas melalui hidung ketika berriadah.

29. Jangan terlalu lama membuang air besar

Ini tak tahu nak komen macam mana tapi yang jelas terlalu lama bercangkung boleh menyebabkan penyakit buasir kerana sembelit. Makan banyak buah dan minum air supaya tidak sembelit ok.

30 Gunakan sun screen atau sunblock

Sememangnya diakui kita perlukan cahaya matahari untuk hidup. Sebenarnya cahaya matahari amat berbahaya kepada kulit kita. Pendedahan terlalu lama dengan cahaya matahari boleh menjadikan kulit kita cepat tua. Kesan pada mulanya adalah kulit akan terlalu gelap. Walau duduk didalam rumah sekalipun sebenarnya. Radiasi cahaya matahari sedikit menembusi dari tingkap-tingkap dan juga cermin. Kalau kita lihat artis luar diinterview. Mereka menjawab rajin menggunakan sun screen atau sun block. Elakkan terkena cahaya matahari dari jam 10 pagi sehingga 3 petang yang kesan ultra violet nya amat tinggi.

Saya guna ni untuk kayuh basikal. 😕
 mulanya ingatkan tidak ada apa-apa berlaku sekali masuk minggu ke dua kulit radang, kedut, hitam. wahhh.. cepat-cepat saya beli


31. Qailulah

15 sehingga 30 minit sahaja tidur diwaktu tengahari. Caranya adalah tidur sebelum zhuhur dan selepas solat jumat. Sekejap sahaja. Jangan terlebih. Suruh orang lain kejutkan atau set masa. Dengan syarat anda telah tidur malam mencukupi. Jangan tidak cukup tidur malam dan anda qailulah kerana akan terlajak 3 jam. Nanti malamnya akan jadi burung hantu lah pula.


Bersambung pada pos ke dua. In sya Allah. Ingatkan saya kalau mahu terus membaca. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan