Blogger shortcut

Isnin, 12 April 2021

novel Di pondok sepi (bhgn 1)

MEMBELI TANAH BARU 

Lama ayah berfikir. Ayah nyatakan “ayah tidak mahu beli tanah di kawasan bandar tu” Tersentak anak-anak ayah “Kenapa yah? Kan seronok kita dapat jalan-jalan selalu” “ Tak boleh tu. Surau dah lah jauh anjing pula banyak” Kami semua terdiam mendengar suara ayah yang sedikit kuat. Selama ini aku tak pernah dengar langsung Ayah mengangkat suaranya. Ayah hanya berdiam sahaja dengan sesiapa pun. Apabila rasa diperlukan sahaja ayah akan bersuara.

dari kiri imam Ahmad bilal mendan encik kamal Imam Ibrahim (Ayah) encik mustafa kanan sekali tidak dapat cam


Ayah memang bukan asal orang sini. Sebagai guru ayah perlu berhijrah mencipta sejarah baru. Disinilah ayah dikenali oleh pelbagai peringkat usia manusia kerana ayah seorang ustaz. Pada waktu itu sungguh sukar mencari ustaz terlebih utama yang berijazah dari Mesir atau Jordan. Tapi ayahku bukanlah seorang lulusan Universiti. Apa yang pasti beliau amat gemar membeli buku-buku agama dan dijadikan koleksi rujukan. Terkadang ayah rajin belajar bahasa arab hanya dengan mendengar di radio dan tv sahaja. Yang terkadang anak-anaknya menjadi guru mengajar bahasa arab. “Ni macam mana bacanya Zaki? baris atas atau bawah?” Ayah tidak pernah malu untuk bertanya anaknya pada perkara yang dia tidak tahu.

“Malam tadi ayah bermimpi.” “Mimpi apa ayah?” aku bertanya ingin mengetahui. Walau ketika itu aku hanya berusia 8 tahun. Aku sudah boleh memahami apa yang difikirkan oleh orang dewasa. “ Ayah dah solat istikharah dah. Ayah mimpi sultan Johor sendiri bertemu ayah supaya teruskan sahaja hasrat untuk membina rumah di tanah baru tu.” Aku masih belum tahu lagi tanah yang mana ayah ucapkan. Yang pasti, aku pernah ke tanah yang dulu penuh dengan anjing-anjing berkeliaran. Hanya sekali sahaja aku dibawa kesana. Kelihatan anjing sedang berkeliaran. “hmm kalau kita tinggal disana sama macam dikurung tanpa pagar” Bentak hatiku berkata sendirian.


Ketika ini Usia ayah dalam lingkungan hujung 40an atau permulaan 50an


Petang tu sungguh panas. Aku masih sibuk bermain bersama abangku di kebun yang baru ayahanda beli. Entah apa yang aku sibukkan sangat, beriya kami berdua mengikuti bapaku ke kebun baru. Tiap kali ayahku menghidupkan motor vespanya aku mesti berlari mengejarnya.

“Ni dekat dengan surau ”.  Aku terdengar bisikan ayah bercakap sendirian. Ayah melihat-lihat sekeliling kawasan sambil berjalan. "ada manggis, durian pun ada" aku pun merayap ke hulu dan kehilir. Di ruang benak hatiku dengan penuh pertanyaan. "Apa nak buat ni". Aku menoleh kiri dan kanan. Hmm tiada apa yang menarik disini. Aku mendongak ke langit. "eh ada layang-layang tinggi" aku terus berlari ke padang meninggalkan ayah dan abangku.

Layang-layang meluncur naik ke langit. Terasa seolah aku dibawa layang-layang itu. Kejap ke kiri ke kanan. Mengikut hala angin yang bertiup. “Adik sini pegang tali ni. Abang nak ke sana ambil tali lain” pucuk dicita ulam mendatang. Aku pegang dengan kuatnya. “ Ish beratnya rupa-rupanya” Aku seolah-olah ditarik dengan kuat. Layang-layang hampir terlepas!. Dengan pantas tali layang-layang itu disambar oleh tuannya. Lalu diikat di pokok. 



"Mana budak ni?" ayah berkata sendirian lagi. Ayah melihat jam di tangannya. "Dah pukul lima masih tak balik-balik budak ni".  Apa-apa pun aku masih di padang melihat layang-layang yang terbang tinggi.  "Dik, ko anak sapa?" tiba-tiba aku ditegur oleh seorang pemain layang-layang tersebut. "Dah pukul berapa ni kau tak balik-balik" aku baru teringat. "Ish ni mesti ayah marah sebab tinggalkan dia diam-diam". Aku berlari semula ke kebun dengan lajunya. Agaknya kalau dilihat orang lain, mesti mereka menyangka aku dikejar hantu siang.  "Sampai" aku diam menyusur di kawasan semak samun untuk mengelak terserempak ayah. Tapi ayah lebih bijak. Dia hanya melihat sahaja karenah aku disitu. "Dah kita nak balik, esok nak tebang pokok lepas tu nak tambah tanah." berderau jantungku bila aku ditegur ayah. Tapi ayah memang seorang yang cukup tenang.

\

Sekadar itu sahajalah gambar aku dan ayah yang aku ada. Aku berjalan tiada muka

Kesokan harinya bila waktu pagi seperti biasa aku menunggu ayah untuk ke kebun. "Jom kebun" itulah laungan yang biasa ayah sebut bila mengajak kami berdua. Kami menjerit bersama "yeeeee" vespa tua yang usang itu tetap setia membawa kami bertiga ayah aku dan abangku. "Kali ni aku nak panjat pokok manggis tu." geram sungguh aku lihat buah-buahan yang ranum di kebun ayah itu.

Di kebun sana. "Eh lori? Kenapa bawa tanah ni." tanah kebun ayah sudah rata. Habis disodok dan ditambah tanah baru. Pokok-pokok manggis durian habis semua ditebang. Hanya tinggal sebatang pokok durian sahaja yang tertegak disitu. "Terfikir dalam hatiku dari mana datang tanah-tanah itu?" "dua puluh dua! Lagi tujuh!. “Taukey lori itu menjerit ke arah pemandu lori tambah tanah itu. "Apa tu tambak tanah? Ke tambah tanah?." berlegar-legar di fikiranku apa yang diucap oleh ayahku Cikgu Ibrahim dan taukey pemandu lori tersebut. "Ni kena tunggu dulu dalam enam bulan" aku masih meneliti perbualan ayah dan taukey lori itu.

"huh bosan sungguh, apa yang boleh aku buat ni?" aku hanya dapat memerhati lori bawa tanah keluar masuk memuntahkan tanah liat ke kebun ayah. Lori bajak yang dari tadi masih menolak merata tanah-tanah yang menggunung disitu. "Dah jom balik. Nanti tunggu dulu enam bulan". Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala aku. Walau begitu Abangku pun tidak kelihatan bosan memerhati lori yang keluar masuk disitu.

Aku pun berjalan perlahan merentas semak-samun yang ada di sebelah kebun ayah itu. Berpandukan lori yang keluar masuk aku lihat dari jauh aku mengikut kemana perginya lori-lori tersebut. “Eh macam dia pergi ke kubur cina?”. Aku memerhatikan lori bajak memunggah masuk tanah ke lori pengangkut tanah. lori itu dengan ganas berhenjut-henjut di jalan yang berlopak teruk itu.

***************************
Bersambung dengan episod yang telah diterbitkan. 

1 ulasan:

  1. Alfatihah untuk almarhum ayah haji ibrahim bin atan 😢

    BalasPadam