Blogger shortcut

Isnin, 12 April 2021

Kerja dapat gaji dan kahwin lagi?

Tanjung Kupang


Pada minggu yang lepas beberapa guru-guru lantikan kafa dari kalangan rakan-rakan telah mendapat ke jawatan gred DG29. Jadi saya ucapkan lah tahniah kepada mereka. Hampir 20 tahun mereka bekerja dengan bergajikan lingkungan rm150 sehingga rm1500 (Mengikut tahun 2000 sehingga kini).Saya juga pun merasa sebegitu. Dengan bermulakan Gaji serendah rm380 pada mula-mula kerja sehingga rm780 dinding (era zaman Pak Najib Razak). 

Nak dikatakan duit cukup ke tidak cukup ke. Hmmm saya memang terasa lah dengan duduk kawasan bandar. Walaubagaimanapun menyewa dengan orang kampung dengan rm70. Amatlah sayu kalau saya tunjukkan kepada anda semua tempat saya tidur disitu selama 10 tahun. kenaikan gaji semata-mata bila nak pilihanraya sahaja. Itu pun sekadar rm80 sehingga rm100. Yang berpangkat besar terus sedap merasa. 



Rumah kecil yang telah terbakar hancur tempat saya tinggal disitu untuk memulakan kerja sebagai guru agama.



Jadi saya ucapkanlah tahniah kepadanya. Sebab telah bersusah payah belajar selama 5 tahun di Universiti secara pendidikan jarak jauh. Memang terasa tiada cuti apabila 5 hari kita bekerja dan 2 hari cuti itu kita belajar. Saya pun merasanya selama 5 tahun. Tapi semuanya saya rasakan mudah. Walau terkadang membuatkan kawan-kawan punya tugasan atau assignment (istilah U sama aje)

Hentian rehat dan rawat Gelang Patah. Kesini untuk melihat kawan lama yang saya tinggalkan 20 tahun lebih.



Perkataan pertama dia bertanyakan kepada saya. Berapa bang gaji starting dg29 ni. DG ni sebenarnya jawatan yang boleh dipanggil tuan sekiranya terdapat dibawahnya pekerja kerajaan yang bertaraf N. Gaji permulaan DG29 ni sebanyak rm1499.00 berapa lagi entah. Dalam lingkungan tersebut. Dicampur dengan elaun itu ini dapatlah rm1780.00 segitu. Ini sekiranya tidak ditolak dengan KWSP. Dan untuk ke jawatan pencen kena berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun. Dan pencen akan bermula pada umur 60. Itu pun ada ura-ura dari era zaman Pak Najib untuk melanjutkan ke usia 62.

Saya sebenarnya kalau fikir-fikirkan. Saya sememangnya tidak terfikir tidak meletakkan harapan untuk menjadi guru. Apa yang selalu saya fikirkan satu, saya nak menjadi bussinesman, kedua seorang pemuzik sehinggakan saya pernah turun naik ke syarikat rakaman. Macam biasalah, selalu lagu-lagu saya ditolak. Band boys pun tak pernah ada komitmen yang cukup. Sebenarnya saya ikut kehendak orang tua yang semau sangat untuk anaknya menjadi seorang ustaz. Berceramah sana sini, menjadi ustaz glamour. Apa-apa pun untuk kepuasan hati saya. Segala bakat saya luahkan juga dengan menghasilkan lagu-lagu lirik-lirik dari cetusan hati kedalam bentuk melodi.


 
Sungai che manan tempat pertama mengajar. 


Berbalik pada kawan yang baru mendapat ke jawatan tetap DG29 tersebut, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya ialah. Aku nak kawin baru lah bang. Aku tersenyum dah ketawa kecil sahaja. Aku kenal sangat kawan aku ini. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku pula. Jangan, nanti kau akan sekat jodoh orang lain pulak. Dia agak kurang faham tentang apa yang saya katakan. Saya pun cuba terangkan dengan secara perlahan kepadanya.

Begini, semua yang ada dalam alam ini Allah telah jadikan dengan sunnahnya atau sunnatullah. Kalau dari segi istilah orang tidak beragama Naturalisma mengatakan alam ini ada peraturan tersendirinya yang berlaku dengan secara tidak sengaja atau tidak dirancang. Tetapi ia mengadaptasi dari keadaan sekelilingnya. Segala rezeki jodoh dan nasib sebenarnya mencukupi untuk setiap sesesuatu dan seseorang. Tetapi ada mereka yang tidak pernah cukup-cukup, akhirnya mengakibatkan ada golongan miskin fakir yang tidak makan dan ada yang tidak berkahwin.

Kawan saya terus menyambung dengan mengatakan perempuan ramai bang. Saya pun terus bertanya kepadanya. Fakta mana yang kau ambik? Dia menjawab, nabi kan dah cakap perempuan itu lebih ramai pada akhir zaman nanti. Saya teruskan perbualan. Kalau kita tengok dari statistik untuk johor sahaja, kadar bilangan lelaki dan perempuan semakin lama semakin meninggi kadar kelahiran lelaki. Johor pada tahun sebelum-sebelum ini mencatat satu juta lebih lelaki berbanding perempuan. (saya ambil dari surat khabar metro yang saya tidak ingat bila keluarannya). Bermaksud bilangan perempuan sebenanrnya mengecil. Tidak perlu pergi jauh, cuba kita kira sahaja berapa saudara lelaki kita dan perempuan dalam keluarga kita.

Sebenarnya, apa yang nabi sebutkan dalam hadis tersebut, sudah berlaku juga pada masa kini. Perempuan lebih ramai dari lelaki ini sebenarnya kata kiasan dari nabi. Lihat sahajalah ke jawatan perguruan, lihat pada jawatan guru agama. Bilangan perempuan adalah 95% berbanding lelaki hanya 5% sahaja. Dimana-mana ceruk saya masuk semua sekolah bilangan guru perempuan melambak-lambak dah macam longgokan perempuan pula disitu. Bila dah ramai diorang mulalah kan. MAKAN dan MAKAN dan MAKAN dan MAKAN.😠😠 OK OK saya tidak perlu pergi jauh ke situ.

Tanjung Kupang seberhenti di sini setelah kebingungan melihat pelajar disekolah


Saya teruskan perkataan saya, saya katakan, kalau kau nak kawin baru lagi boleh bang. Cari yang ibu tunggal ibu yang anak ramai yang kematian suami yang ditinggalkan fasakh. Cepat dia menjawab, tak naklah aku. Aik respon terus. 😊.

Golongan perempuan sebegini boleh dikatakan 3% sehingga 5% wujud dalam kalangan kita. Saya dapat sebutkan peratusan kerana saya juga terlibat dalam data pelajar lebih kurang 20 tahun. Sebenarnya perempuan sebegini agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka. Kerana mereka boleh dikatakan kehilangan tempat mengadu susah.

Jadi apakah boleh bagi lelaki untuk berkahwin lebih dari satu? Jawapannya ianya kembali kepada hukum yang mula-mula dia berkahwin. Wajib harus sunnat haram makruh. Hukum ini ulamak gabungkan untuk permudahkan umat kemudian untuk merujuk kembali. Wajib sekiranya takut berlaku kejahatan, haram sekiranya mahu merosakkan perempuan, makruh sekiranya tidak mampu, sunnat sekiranya keperluan cukup, makruh sekiranya tidak mampu. Kita boleh rujuk semula kepada kitab untuk perhalusi hukum-hukum tersebut. 

Yang jelas lelaki hukum tersebut berlaku 4 kali, berbanding perempuan yang hanya sekali sahaja. Oleh itu perempuan perlu ditanya mahu atau tidak untuk bernikah dengan lelaki tersebut. Kalau imam Syafie memberikan kefahaman kiasan bagaimana sifat perempuan sekiranya suka, sepatutnya kita perlu juga melihat sifat perempuan tersebut bersama mengikut peredaran zaman. Kalau perempuan dahulu suka bagaimana caranya berbeza perempuan pada zaman kini.

Pernikahan itu satu yang sangat suci dalam islam, sehinggakan islam memberi cara untuk memilih pasangan mereka. Pilihlah yang cantik, apa yang nabi sebutkan sebagai cantik. Sesiapa sahaja yang kita pandang mereka terasa sejuk hati dan dapat mententeramkan perasaan kita. Dan selanjutnya.

  

Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang telah lama berjuang terutamanya lelaki dalam bidang perguruan agama islam. 10 tahun 20 tahun dalam jawatan kontrak bukan suatu yang pendek dan mudah untuk meneruskan kehidupan dengan gaji yang saya sebutkan dipermulaan perbualan ini. Semoga sahabat-sahabat dapat terus berkhidmat dengan baik dan lebih ikhlas untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berguna dimasa hadapan.

Bagi guru-guru marsah yang terus dapat ke jawatan DG29 hormatlah guru-guru agama yang lama-lama dan ikutlah kata-kata mereka apabila disuruh. Mereka dah merasai pelbagai kepahitan bertahun berbanding anda yang terus ke jawatan DG dan bergaji besar dan terus dapat kahwin.

SEMOGA BERTEMU LAGI.


ambil gambar tapi kamera putih aje rupanya selfie cam dah rosak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan