Blogger shortcut

Jumaat, 2 April 2021

Di sini kau

Di jalan ini kau pernah mengadu sakitnya leher mu kerana perjalananmu terlalu jauh untuk  mencari sesuatu yang tak pasti. 

Di jalanan ini kau kesejukan dibawah jambatan batu keseorangan. Kau hanya mampu melihat manusia dengan ghairahnya menerjah hujan di lebuh raya. 

Di dewan ini kedengaran suara anak didik mu mendendang suara lantangnya. Yang terus kau dipuji oleh orang asing kerana kesungguhanmu. Tetapi bukan sesekali dari sahabatmu. 

Dibawah bendera ini kau tunjukkan kawanmu permata yang kau beli dengan harga rm500 sahaja.

Dibilik air ini kau berwuduk terkenangkan suara yang bertanyakan “sampai bilakah kau nak naik motor sahaja?. Usia kau dah semakin tua".

Di hentian ini kau menangis terkenangkan nasib kau seseorang. 

Dimasjid ini kau solat dan terus kan perjalanan yang akhirnya kau terpaksa berpatah kembali kerana kembalinya orang tua mu. Walau kau sudah keletihan kau terus juga teruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan