Blogger shortcut

Selasa, 13 April 2021

Yahudi bahagian 3 PENGANIAYAN TERHADAP BANGSA YAHUDI (Disengajakan atau tidak?)

Bangsa Yahudi terlibat dalam peperangan yang pelbagai. Boleh dikatakan setiap kali peperangan mereka juga akan terlibat sama. Sama ada secara langsung atau tidak.

Pada sekitar tahun 1300 eropah dilanda wabak penyakit yang besar. Sekitar satu pertiga penduduk eropah telah terlibat dalam penyakit besar tersebut. Tiada siapa yang mengetahui sebab apakah wabak yang melanda. Pesakit akan rebah dan merasai kekejangan badan.

 

            Kristian dan Yahudi sememangnya bermusuhan dari pada mulanya. Kaum Kristian sememangnya tidak sukakan kepada Yahudi kerana mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan Nabi Isa. Perasaan dendam terhadap bangsa Yahudi menyebabkan  berlaku pembunuhan atas sebab Black Plague

 

Kaum Kristian yang pada ketika itu masih kuat berpegang pada kepercayaan karut melihat wabak tersebut sebagai satu bencana yang dirancang. Mereka menuduh kaum Yahudi yang menyebabkan penyakit tersebut. Ini disebabkan kaum Yahudi yang tinggal di eropah kurang terkesan dengan wabak tersebut. Sedangkan penduduk eropah ramai yang mati secara tiba-tiba.

 

            Mereka menuduh kaum Yahudi meracun telaga-telaga dan sumber air. Pertuduhan terhadap Yahudi sememangnya berdasarkan sifat bangsa yahudi sendiri. Mereka licik dalam pengurusan wang, licik menipu dan pengasas sistem ahlong.

 

            Yahudi yang ditempatkan di penempatan khas oleh Kristian mengikut ajaran nabi Musa dengan melaksanakan kebersihan diri dari kotoran dan memandikan jenazah. Dengan cara tersebut mereka terhindar dari penyakit wabak.

 

            Disebabkan kemarahan penduduk eropah terhadap kaum Yahudi tersebut. Mereka ditangkap beramai-ramai dan dibakar hidup-hidup. Lebih kurang 10 ribu orang Yahudi terkorban akibat tuduhan tersebut.

Ilustrasi dari internet kaum yahudi yang mati dibakar oleh kaum Kristien



Tiada ulasan:

Catat Ulasan