Blogger shortcut

Sabtu, 15 Oktober 2022

PENDIDIKAN MENURUT ISLAM

Pendidikan didalam islam
Pendidikan merupakan satu proses yang panjang, bermula sebelum mendirikan rumahtangga lagi. Ianya proses yang berterusan sehingga kita dibawa ke liang lahad.
Untuk memahami konsep pendidikan islam ini kita perlu pecahkan kepada beberapa bahagian supaya mudah kita untuk mendalaminya.

Peringkat permulaan.
Pernikahan.

Didalam islam, islam menyuruh umatnya untuk memilih pasangannya dengan 4 unsur utama. Ini berdasarkan hadis yang disebut rasulullah yang berbunyi.

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kebiasaan bagi lelaki, mereka lebih cenderung untuk memilih yang cantik. Walau keturunan harta agamanya tidaklah begitu menarik. Memang sifat semulajadi bagi lelaki suka kepada perempuan yang cantik, kerana rupa dan sifat perempuan itu sendiri. Kecantikan yang ada pada perempuan itu sendiri mampu memberi ketenangan kepada lelaki memadai dengan melihatnya. Bagi wanita pula, mereka cenderung untuk memilih mereka yang mempunyai kestabilan atau perkataan mudah adalah mempunyai kewangan yang kukuh. Walau rupa suami mereka tidak begitu ada. Tetapi wanita cenderung berfikir lelaki yang mempunyai kestabilan lebih utama dalam membentuk keluarga yang harmoni. Wanita berpendapat kasih sayang cinta mampu dibentuk namun berbeza dengan lelaki yang mengutamakan kecantikan. Oleh itu lelaki sememangnya haram dipaksa untuk menikahi seseorang yang tidak disukainya.


anak kecil memang suka bermain


MENJADI WARISAN

Cukuplah berhasil, jika kita dapat memilih keempat-empat ciri pasangan kita. Ini kerana kecantikan, keturunan, harta dan agama dapat menghasilkan produk yang baik. Kerana jika kita ingin memulakan tanaman. Kita memang perlu mencari benih yang baik yang mampu berbuah lebat dan hasil yang cantik.

Keturunan kecantikan harta agama merupakan satu asas dalam membentuk anak-anak yang baik, kerana ia akan diwarisi anak-anak. Namun jika kita tidak mampu dapatkan keempat-empatnya, cukuplah sekadar tiga atau dua atau sekurang-kurangnya beragama. Kerana ia mampu membentuk keluarga yang baik.


Anak-anak yang dipelihara akan bakal mewarisi genetik dari keturunan kecantikan. Dari sudut keimanan pula, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kepercayaan dan keimanan anak-anak. Ini kerana anak-anak cenderung untuk menyalin perbuatan tingkah laku ibu bapanya. Layanan yang bijak perlu ada dari ibu bapa.  

Seringkali kita lihat anak-anak yang pandai mereka mewarisi kepandaian dari kedua ibu bapanya. Namun ada juga terdapat yang tidak diwarisi. Namun bilangannya hanya sedikit sahaja. Kebiasaannya disebabkan tindakan ibu bapa dalam memberi layanan kepada anak-anak mereka. Bagi mereka yang mempunyai anak satu sehingga empat adalah jauh lebih ringan dugaan membesarkan anak-anak yang sembilan atau sepuluh orang.

Ini kerana sifat manusia sememangnya cenderung untuk menyayangi seseorang lebih daripada yang lain. 

IBU BAPA PERLU BERSIKAP KEIBUBAPAAN

Peringkat kedua
Seterusnya ketika menjalinkan hubungan diantara suami isteri, bukanlah didasarkan nafsu semata-mata. Yang mana perbuatan hubungan antara suami isteri mestilah mengikut tatatertib yang diajarkan agama. Bermula turunnya sifat ibu bapa adalah ketika bermula perhubungan diantara pasangan. Sebagaimana yang diajar, kita dilarang melakukan perhubungan ketika terlalu kenyang, terlalu lapar, tiada adab, menuruti nafsu semata-mata, tiada perasaan kasih kerana kesannya amat mendalam terhadap kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Sedangkan penyakit kenan sendiri bakal berlaku disebabkan sikap mendalam ibu bapa terhadap sesuatu.  

Dalam menyambut kelahiran anak-anak pula. Islam mengajar dengan mengutamakan bidan yang perahsia dan terus diazankan sebagai keselamatan kepada bayi dan mengajar ibu bapa dengan pemberitahuan bahawa diri telah mempunyai satu tanggungjawab yang besar. Walau dengan sekadar lafaz azan sahaja. Dibiasakan dengan mendengarkan bacaan ayat al-quran ke telinga bayi sebagai pengajaran kepada ibu bapa, bertanggungjawablah pada apa yang ada di bahu anda. Ini bukanlah lagi zaman untuk yak yak ye berhibur semata-mata.

Siapakah yang lebih utama memberikan pendidikan kepada anak-anak? Sebenarnya tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak adalah tanggungjawab bersama. Tugas mendidik anak-anak ini adalah mudah sebenarnya. Hanya perlu bertutur pada anak-anak bagi mendorong perkembangan pemikiran daya ingatan mereka. Namun tidak mampu dilaksanakan oleh semua manusia kerana lebih cenderung dengan kerehatan untuk diri sendiri sahaja. 

Apabila sampai peringkat tujuh hari berilah nama yang baik mudah pendek dan disukai. Jangan terlalu taksub dan meletakkan nama anak yang terlalu panjang sehingga bakal ditertawakan masa depan nanti. Nama yang paling utama adalah nama yang bermula dengan perkataan عبد dan menyambungkan dengan nama-nama Allah. Kedua nama-nama nabi, ketiga nama-nama sahabat dan tabiin.

Lakukanlah akikah, ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan mengajar kita untuk menghampiri kepada agama. Seekor kambing bagi anak-anak perempuan dan dua ekor kambing bagi lelaki. Pada hari dilaksanakan akikah itu, kita cukurkan rambut anak-anak bagi mengelakkan penyakit kerana rambut yang tumbuh itu menyerap dari air perut ibu.

Bersambung in sya Allah
semoga diberi kekuatan 
terus menulis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan