Blogger shortcut

Ahad, 16 Oktober 2022

Apakah itu marhaban?

 

anta nurun fauqa nurin. awaklah cahaya diatas cahaya
apakah maksud cahaya diatas cahaya?

Assalamulaikum. Menjelang sahaja rabiul awal umat melayu jawa di nusantara pasti akan mengadakan sambutan hari jadi orang yang tersayang iaitu junjungan nabi Sallahu alaihi wasallam. Iaitu nabi kita Muhammad Sallahu alaihi wasallam.

Sedarkah kita, sebenarnya kita menyambut hari jadi seorang yang telah wafat. Tidak pernah dibuat manusia didalam dunia untuk menyambut hari jadi seseorang yang telah meninggal dunia. Terdahulu terdapat perbahasan dari ulamak-ulamak sehingga ditukar istilah penggunaan Maulud Nabi kepada Maulidur Rasul.

Dari kelahiran bayi nabi kepada kelahiran seorang pemimpin rasulullah.Dalam masa yang sama, sambutan maulidur rasul tetap sama diadakan disetiap nusantara. Didalam bacaan marhaban yang dipetik dari berzanji telah mencampurkan bacaan solawat dan bacaan lagu syi'r. Untuk pengetahuan kita, bacaan berzanji ini telah dikumpul oleh Sheikh Ja'far dari keluarga Al-barzanj yang berasal dari negara Turkistan.

Sebenarnya Marhaban adalah potongan syi'r dari syi'r-syi'r yang memuji akan nabi, yang didalamnya terdapat unsur-unsur yang meragukan dan boleh merosakkan aqidah jika kita mendalami terjemahannya. Didalam kitab barzanj ini banyak menyebut perjalanan Nur Muhammad dari Zat Allah turun ke makhluk ke nabi Adam sehinggalah masuk ke dalam diri nabi. Unsur sebegini adalah unsur majusi yang mana mereka percaya akan perjalanan Nur Muhammad yang berasal dari zat Allah.

antara syi'r karangan yang diletakkan didalam berzanji.


Oleh kerana golongan ini percaya tentang Nur Muhammad sentiasa hidup didalam diri setiap manusia. Maka apabila dibacakan potongan marhaban ini, mereka semua bangun sebagai menghormati kepada Nur Muhammad yang datang didalam majlis meraikan kelahiran nabi Muhammad tersebut. 

Fahaman sebegini wajib kita tolak kerana ianya bercanggah dan seeloknya kita tak perlu membaca bacaan berzanji yang belum pasti kesahihannya jika dibandingkan dari al-quran dan hadis. Kita sebagai umat islam wajib percaya yang dimaksudkan dengan nur muhammad adalah sebagai hidayah atau petunjuk dan bukannya sebagai roh yang berkeliaran memasuki setiap jasad.

Kononnya nur muhammad ini akan berada dimata-mata setiap manusia dan apabila digosok-gosok kita akan dapat melihat kelibat diri nur muhammad.

Yang terpenting didalam menyambut sambutan maulidur rasul. Kita jadikanlah ia sebagai sumber mendapat ilmu dengan mengadakan ceramah dan syarahan dan makan 😊.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan