Blogger shortcut

Isnin, 15 Februari 2021

novel Di pondok sepi (bhgn 2)

 Di pondok kecil kami bertiga berteduh dari hujan yang menimpa. Lebat sungguh hujan dipetang hari itu. Aku masih ingat ayah dan kami berdua membuat pondok tersebut. Ayah mencari kayu buangan dari kilang papan hadapan kampung. Yang aku perasan ayah sedang memaku membuat tiang gol. Penat aku fikirkan apakah tujuan sebenar ayah membuat palang palang kayu tersebut. 


***


Hari demi hari berlalu, terkadang aku malas mengikut ayah ke kebun. Pada fikiran ku, aku nak main pasir di belakang rumah lagi seronok. Aku selalu mengajak abangku untuk bermain kereta pasir di rumah ibu. tapi dia menolak. "Malaslah nak main tak best" itulah yang selalu diucapkan.


Hari berlalu demi hari, terasa ingin semula aku kembali ke kebun ayah. "ayah! petang ni kita nak ikut ke kebun" ayah hanya diam seperti biasa. Namun aku pasti ayah memang suka anak-anaknya menemani beliau. " kau tau aku boleh main tekan brek motor ayah tu" petang itu aku ingin mencuba pula.


Kami berdua pun menaiki vespa ayah yang usang itu. Ayah tidak rasa malu membawa anaknya mengikutinya. Kami menaiki bukit demi bukit dan akhirnya tibalah di kebun ayah. "haa tekan brek tu! Kita dah sampai" aku cuba menekan brek tersebut. "tekan cepat kita dah turun bukit ni! Cepat! " apa yang aku pijak pun aku tak tahu. Tapi motosikal ayah masih laju menggelungsur. "eh tekanlah brek!" mana breknya.?srett!!! ayah terpaksa menurunkan kakinya dia tanah untuk memberhentikan motosikal tersebut. Nyaris kami terjerumus ke rumah Encik Mesran jiran kebun kami.

Ayah bising, "nak brek tapi tak pandai. Huh." Aku hanya diam seribu bahasa.


(gambar sekadar perhiasan) 

Aku lihat pondok baru sudah kelihatan. Disebelahnya pohon durian yang meninggi sebatang. Wak Mesran pesan jangan ditebang pokok tu. Nanti-nanti dapat makan buahnya. Aku ayah dan abangku terus ke pondok tersebut. Ayah terus mengambil dan mengenakan topi peladang di kepalanya. Cangkul juga di bawa ke tanah tambak yang telah keras. Aku hanya ingin melihat pondok tersebut. 


Berdetap tanah yang ayah cangkul. Memang keras setelah dibiar 6 bulan. Ayah buat longkang yang panjang berbentuk segi empat. Sampai di hujung segi empat itu ayah cangkul lagi lebih dalam sedalam ketinggian budak. Kemudian ayah pun menyambung menyangkul membuat longkang lagi. Aku sibuk bertanya. "apasal ayah buat longkang ni? Kenapa yang ini dalam sangat?" " lagi dalam lagi bagus" . Cuma itu jawapan ayah. 


Bosan melihat ayah bekerja aku pun mulalah berperang dengan abangku. Berbekalkan kayu aku masuk ke lubang parit yang ayah gali bermain tembak-tembak dengan abangku. "Beng beng beng". Senapang kayuku berbunyi dari mulutku sendiri. 


Bila aku penat bermain aku pun duduk-duduk di pondok tersebut. Hanya mataku mengekori perilaku ayah terus bekerja tanpa henti. Tiba-tiba bunyi rintikan hujan pun berbunyi menghentak bumbung zink pondok itu. Ayah dan abangku pun kembali ke pondok tersebut. 


***

BERSAMBUNG...... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan