Blogger shortcut

Khamis, 28 Januari 2021

Manusia tak kan berubah (dalam apa-apa situasi)

Saya tahu ramai tidak setuju dengan tajuk yang saya kemukan diatas. Ini kerana mereka menaruh harapan yang terlalu tinggi dalam pemikiran mereka. Mereka percaya taqdir yang baik akan menimpa mereka sekiranya mereka mampu bersabar.

Namun apakah mereka terlupa kita juga bertanggungjawab dalam menentukan taqdir diri kita sendiri jua? Sebagai contoh kita selalu mendengar kata-kata, mengapa seseorang tidak memeluk islam lagi? Belum mendapat hidayah lagi jawabnya. Sedangkan hidayah itu perlu dicari bukan ditunggu. Sama juga seperti jodoh. Namun begitu saya tidak mahu memperbahaskan panjang tentang taqdir pada tajuk kita hari ini.  Kerana ianya saya simpan untuk pos dimasa akan datang.


Mengapa manusia takut untuk berubah?

Mereka takut akan perubahan

Cuba kita lihat diri kita sendiri sahaja. Apabila kita cuba mengenakan pakaian, kita cenderung untuk memilih pakaian yang sama. Bukan sekadar pakaiannya. Tapi dari segi warnanya dan bentuknya. Kita cenderung untuk berasa takut memilih sesuatu yang baru untuk diri kita. Sebagai contoh yang lain. Di dalam rumah kita mempunyai 3 buah tandas. Namun kita akan tetap memilih tandas no 1 yang kita suka. Semuanya atas sebab kita berada didalam zon selesa. Kita berasa takut akan kehilangannya. 

Sebenarnya, kita untuk menangani sifat sebegini, kita perlu mempunyai satu sikap iaitu suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan kita cuba untuk mempelajari untuk tidak menyesali kerana kita menganggap semuanya atas dasar cabaran dan ilmu.


Tidak tahu bagaimana untuk berubah

Terkadang, ada sebahagian manusia yang terasa untuk berubah. Namun mereka tidak tahu untuk bermula dari mana. Ini kerana kita sejenis manusia yang tidak pernah untuk merancang sesuatu atau sukar berkorban sesuatu untuk mendapatnya. Kita lebih rela pasrah menunggu atau seseorang yang menentukan kehidupan kita.

Sesetengah ada yang tidak mampu untuk berfikir dari luar kotak fikiran. Kerana pengalaman yang ada pada diri mereka terlalu sedikit. Malahan ada pula yang terbalik berpegang pada falsafah GAGAL SEKALI BUKAN BERERTI TIDAK AKAN GAGAL LAGI. Sememangnya tidak dinafikan, kegagalan akan sentiasa muncul dalam kehidupan kita. Tetapi sebagaiman yang saya tuliskan tadi. Anggaplah ia satu cabaran dan tanamkan dalam diri suka akan cabaran. Rancanglah sesuatu dan cuba bekorban untuk mendapatnya.


Mereka tidak sedar mereka perlu berubah

Ini lagi bermasalah. Oleh kerana keterbiasaan menanggung rasa sebegini. Mereka menganggap kehidupan adalah satu jalan yang sehala yang ditentukan segalanya. Kita sememangnya sebaik kejadian yang dijadikan oleh pencipta alam ini. Namun kita perlukan cermin supaya dapat memberikan gambaran kepada diri kita apakah yang perlu kita lakukan. 

Carilah seorang yang mampu memberi nasihat. Seorang ini adalah teman yang mampu mendengar dan mampu memberi pandangan. Fikirkan sajalah sekiranya pasukan bola sepak perlukan seorang coach untuk memberi pandangan pada pemain yang hebat. Tetapi coach sendiri tidak mampu berlari. Jangan pandang rendah pada mereka yang menasihati diri kita. Kerana itulah tandanya mereka sayangkan kita.


Pengaruh orang sekeliling

Sememangnya kita selalu terpengaruh dengan orang sekeliling kita. Kerana bagi kita mereka adalah segalanya. Ye kita sukar untuk mencari kawan. Tetapi kita mudah mencari lawan. Kita takut kehilangan mereka, kerana bagi kita mereka adalah segalanya. 

Kalau difikir sejenak terkadang pilihan kita kemungkinan adalah lebih baik untuk diri mereka jua. Atau ianya lebih baik untuk diri kita. Sekira ianya baik untuk diri kita, sedikit sebanyak ia dapat mempengaruhi kesan baik kepada orang sekeliling kita. Fikirkan, dari kita sanggup ia memakan diri kita selama kita hidup dimuka bumi ini.


Berubah itu sukar

Berkorban. Itu sahajalah yang perlu kita usahakan. Sememangnya berubah itu sukar. 

😖😖Pengorbanan amat perlu sekiranya kita mahu berjaya. Bekorban ini memerlukan masa. Sekira kita baca tentang falsafah, Rom tidak dibina dalam masa sehari. Sememangnya kita akui sesuatu pencapaian dalam hidup kita memerlukan tumpuan dan istiqamah dalam cuba berubah sikap diri kita. Elakkan dari berasa selesa sahaja.

Malahan yang lebih teruk pula, kita suka menyalahkan seseorang dan tidak mahu menerima sekiranya berlaku sesuatu perkara yang mendatang. Sebenarnya kita terlalu dihantui bayang-bayang dan tidak cuba percaya kepada diri kita






Semoga bertemu dimasa akan datang dalam pos yang lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan