Blogger shortcut

Sabtu, 5 Oktober 2019

PEMBENTUKAN DIRI MANUSIA BAHAGIAN SATU

Dah terlalu lama saya tidak bercerita didalam blog ini. Boleh dikatakan blog ni dah jadi gua hulu yang bersarang labah-labah. Apa kata kita imbas kembali pada kelahiran kita di dunia ini. Yang kita tidak terfikir akan mahunya.

Masa berlalu pantas. Kehidupan pada umur yang dahulu sudah tiada, padang-padang perhiasan tidak lagi menjadi tempat permainan kita. Semalam yang berlalu sudah hilang kehangatannya. Aku teringat cara ibu bapaku melayani anak-anak mereka meniti kehidupan sehingga menjadi dewasa.

Dalam ilmu pendidikan, manusia itu dibentuk dari pengalaman diri mereka. Bermula mereka lahir ke dunia ini. Segala pengalaman diserap masuk sebagai pembinaan syakhsiah diri. Kita banyak melihat pelbagai watak manusia di dalam dunia ini. Ada yang suka tersenyum ada yang suka berjenaka ada yang cepat melatah ada pula yang suka menyendiri.

Persoalan yang timbul mengapa terjadi sedemikian rupa. Terkadang kita mempunyai kawan yang terlali sensitif dan cepat marah. Kita pula cepat menyalahkan diri mereka kerana bersikap demikian. Tetapi bagi diri kawan kita pula merasakan, itu adalah jalan terbaik bagi dirinya untuk menyampaikan luahan di hati mereka.

Sebenarnya, sikap manusia ini dibentuk oleh ibu-bapa semenjak mereka dilahirkan lagi. Pendidikan yang pertama dalam kemanusiaan adalah ketika mencari jodoh pasangan hidup mereka. Pepatah melayu ada menyebut. Takkan tumpahnya kuah melainkan ke nasi jua. Sebenarnya hal ini juga dinyatakan didalam al-quran ketika Allah memberi gambaran tentang Nabi Isa. Dan Allah bertanya adakah sama Isa itu daripada paras rupa dan sikapnya.

Dalam mencari jodoh, lelaki sememangnya cenderung mencari wanita yang cantik dan berpesonaliti menarik. Walaubagaimanapun itu adalah persoalan hati diri. Kecantikan juga adalah subjektif yang susah didefinasikan kerana setiap manusia berbeza-beza. Wanita pula lebih cenderung mencari lelaki yang dapat memenuhi cita-cita mereka. Sedikit sebanyak apa yang ada pada diri ibu bapa ini turun kepada diri anak-anak. Sikapnya, bentuk tubuh, fizikal mentalnya.

Walaubagaimanapun genetik yang diturunkan ini tidak mencetak seratus peratus dari sel induknya. Hanya pada rupa paras dan sedikit sifat yg bukan dibentuk dari pengalaman diri. Peribadi diri ini mula terbentuk apabila anak-anak berada di alam pertumbuhan diri. Cuba kita bayangkan apakah bakal terjadi jika kita suka memukul anak kita sewaktu mereka kecil sehingga mereka mencapai umur remaja. Dari hasil pemerhatian saya dan sedikit bacaan, ramai mereka yang dipukul dari kecil ini bersifat suka memberontak dan berhati kering. Mereka boleh dikatakan liar dan sukar menangis. Saya lihat dengan mata saya sendiri seorang budak yang terlalu dipukul ibunya menghentakkan dirinya ke batu sebagai tanda protes kepada ibunya. Akhirnya anak tersebut menjadi liar. Dan diri mereka sahaja pula dipersalahkan.

Terkadang pula kita ada mendengar atau melihat ada manusia yang lebih suka untuk menyendiri dan tidak mahu berinteraksi. Seperti mereka tidak berasa bosan jika tiada sesiapa bersamanya. Selalunya golongan ini lebih cenderung untuk bermain muzik dan melakukan aktiviti seni.

Tetapi pernahkah kita terfikir mengapa mereka bersikap demikian. Sebenarnya apa yang dizahirkan oleh orang seni ini adalah hasil dari hati mereka yang ingin meluahkan sesuatu. Ini kerana ketika mereka dari kecil lagi mereka menjadi golongan yang terpinggir. Mereka amat sukar mendapat peluang untuk meluahkan perasaan mereka. Apabila berlaku pertentangan di dalam keluarga, selalunya ibu bapa akan menangkan perasaan anak mereka yang lain, dan jarang menghiraukan diri mereka. Atau diri mereka yang merasakan demikian. Kerana manusia menerima maklumat dengan pelbagai cara. Bagi mereka ini, tiada tempat baginya mengadu nasib kerana berasa diri diperlekehkan. Dan memang diakui orang seni ini terlalu sensitif dalam menghadapi sesuatu situasi. Tidak gemarkan aktiviti bersama. Akhirnya sebagai manusia. Mereka mencari alternatif untuk melepaskan apa yang terbuku di dada.

Persoalan sekarang, bagaimana kita mahu membentuk generasi yang mempunyai jati diri kuat mentaliti dan mampu memberi perubahan ke arah kebaikan masa dewasa mereka.

Bersambung.... 🤣

Tiada ulasan:

Catat Ulasan