Blogger shortcut

Selasa, 25 Oktober 2016

6 jahitan di mata.

Bang! gedegang!. Semua dinding aku langgar. Sudah 3-4 bulan berlalu. Penglihatan aku masih kabur. Aku rasa kecewa bosan. Bertemu dengan muka sesiapa pun aku masih kurang pasti siapa dia. Cuma suaranya sahaja aku cam. Didah! oh Didah! tidak disahut. Rupa-rupanya bukan adikku yang berada di situ. Aku bosan. Aku perlu keluar dari penjara ini.

Selangkah demi selangkah aku turun tangga rumah Ayahanda ku. Sambil memegang kepala aku mendongak memandang tepat ke arah matahari. Aku tidak mengalih pandanganku. Ishh silau yang melampau. Namun aku tetap terus melihat. Akhirnya aku mengaku kalah. Namun aku dapat rasakan yang penglihatan ku semakin jelas setelah memandang ke matahari.

2017 dilanggar kereta sekali lagi


Tanpa berlengah aku terus mencari duit. Seban
yak rm3.80 terselit di balik kertas buku Rafidah. Aku terus ambil dan memakai baju. Kemana? kemana? kemana harus aku tuju. Jam di dinding masih menunjukkan seawal 8 pagi lagi. Dengan perlahan aku berjalan kaki ke perhentian bas. Aku redah berjalan kaki menunduk ke bumi menghalang cahaya silau mentari.

"Mana?" "Kluang" Bas pun menderu laju dengan hanya aku pemandu dan kelindan sahaja. Tiada siapa di pagi ini. Aku hanya memerhati ke luar tingkap melayari perasaan di hati. Aku berkalau kalau ketika menyusuri perjalanan tersebut. Kalaulah aku mati, kalaulah orang tersebut mati, kalaulah aku buta selamanya, kalaulah aku kalaulah kalaulah. Berkecamuk rasa dihati aku ini. 

Aku pun turun dari bas. Aku tunduk berjalan kaki ingin ke rumah kawan ku. Tetapi aku lupa. Ke mana ye arahnya. Aku tetap berjalan jua di kaki lima perhentian bas kluang tersebut. Tetapi tidak sampai 30 tapak kaki aku melangkah. ??? BANG!! Aku pengsan. Jatuh di khalayak ramai. Tiada siapa yang membantu aku ketika itu. Mungkin orang ramai hanya menyangkakan aku sedang mabuk todi. 

Hampir 30 minit aku terbaring di jalan. Berpinar kepalaku. Rupanya aku kalah dengan cahaya. Aku terperangkap di dalam sinaran yang menyilaukan mata. Tiba-tiba seorang lelaki berpakaian selekeh pun mendekati aku. Aku tidak faham bahasanya. Bunyi suaranya seolah-olah dia tidak mempunyai gigi. Aku pun dipapah ke kerusi perhentian bas. Pengsan lagi. 

Haaaa????!!! aku terjaga. Panas terik menyinsingkan kulitku. Aku pun kembali menaiki bas semula. Aku dapat melihat semula dengan lebih jelas. Hanya mata kiriku yang masih kelabu. Syukur. Dibayar tiket bas dan aku terus pun melungsur tidur sehinggalah ke hadapan kampungku. 




Bersambung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan